Current Position:HOMEUse ATMKad Tunai dan Kad Kredit Luar NegaraCara menggunakan ATM

Pilih satu bahasa di bawah.

日本語

English

简体中文

繁體中文

한국어

ภาษาไทย

Melayu

Indonesia

tiếng Việt

français

Deutsch

português

Cara menggunakan ATM

Pilih bahasa yang dikehendaki setelah memasukkan kad. (Inggeris, Cina, Korea, Thai, Melayu, Indonesia, Vietnam, Perancis, Jerman, Portugis)

Pengeluaran wang dengan kad Visa

[Langkah 1] Masukkan kad * Masukkan kad dengan jalur magnet menghadap ke bawah. [Langkah 2] Pilih bahasa yang anda inginkan. [Langkah 3] Tekan butang Withdrawal (Pengeluaran Wang). [Langkah 4] Pilih dari akaun mana hendak mengeluarkan wang.

[Langkah 5] Tekan nombor PIN kemudian ENTER. [Langkah 6] Pilih jumlah wang (dalam yen Jepun) yang hendak dikeluarkan [Langkah 7] Keluarkan wang tunai daripada ATM. Jangan lupa mengambil kad anda dan resit ATM. Skrin ATM dan resit tersedia dalam bahasa pilihan anda.

Penerangan Penggunaan ATM
  • Bagi kad luar negara, had bagi setiap pengeluaran wang ialah 100,000 yen.
    Tetapi, bagi kad berjalur magnet, had urus niaga ialah 30,000 yen.
    Bagi kad American Express, had bagi setiap pengeluaran wang ialah 30,000 yen.
  • Jika urus niaga menanggung bayaran perkhidmatan, bayaran akan dikenakan bagi setiap urus niaga.
  • Jika amaun yang hendak dikeluarkan melebihi had pengeluaran, kurangkan amaun dan lakukan pengeluaran sekali lagi.
  • Jika mengalami masalah kesilapan PIN, sila hubungi syarikat pengeluar kad anda.
  • ATM ada kalanya tidak dapat digunakan kerana penyenggaraan sistem dan sebagainya.

Go to Top of Page