ATM Seven Bank — Memudahkan pengeluaran wang anda di Jepun Dapatkan wang tunai di 7-Eleven Gunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang yen Jepun melalui ATM Seven Bank di 7-Eleven dan lokasi lain.ATM Seven Bank — Memudahkan pengeluaran wang anda di Jepun Dapatkan wang tunai di 7-Eleven Gunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang yen Jepun melalui ATM Seven Bank di 7-Eleven dan lokasi lain.

Kad yang diterima

Cari ATM  *Bahasa Inggeris sahaja

Gunakan kad ATM untuk mengeluarkan mata wang Jepun melalui ATM Seven Bank di 7-Eleven.

  • Bagi kad luar negara, had bagi setiap pengeluaran wang ialah 100,000 yen.
    Tetapi, bagi kad berjalur magnet, had urus niaga ialah 30,000 yen.
    Bagi kad American Express, had bagi setiap pengeluaran wang ialah 30,000 yen.
  • Sesetengah kad dengan simbol ini mungkin tidak diterima.
  • Bayaran pengendalian mungkin dikenakan oleh pihak pengeluar kad.

Waktu operasiWaktu operasi

VISA
00:00~24:00
Mastercard
00:10~23:50
UnionPay
00:10~23:50
American Express
00:05~23:50
JCB
00:10~23:50
Discover
00:10~23:50
Diners Club
00:05~23:55

Pergi ke 7-Eleven dengan kad anda. Gunakan ATM. Keluarkan wang yen Jepun.Pergi ke 7-Eleven dengan kad anda. Gunakan ATM. Keluarkan wang yen Jepun.

Tiga Manfaat ATM Seven Bank

  • PERKARA 1 Walau di mana anda berada...
  • PERKARA 2 Setiap masa anda memerlukan wang tunai...
  • PERKARA 3 ATM Seven Bank mudah digunakan.

PERKARA 1 Anda boleh mengeluarkan wang yen Jepun melalui ATM di kedai 7-Eleven. 7-Eleven mengendalikan rangkaian kedai terbesar di Jepun, sehingga Mac 2015. ATM Seven Bank terdapat di kedai 7-Eleven dan banyak lokasi lain. Lapangan Terbang Antarabangsa  Stesen Kereta Api  Tempat-Tempat Komersial

Cari ATM  *Bahasa Inggeris sahaja

PERKARA 2 Dibuka 24 jam sehari ATM Seven Bank dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu di semua kedai 7-Eleven.

PERKARA 3 ATM Seven Bank mudah digunakan. Skrin dan resit ATM disediakan dalam dua belas bahasa. Inggeris, Korea, Cina, Portugis, Thai, Melayu, Indonesia, Vietnam, Jerman,  Perancis Gunakan telefon di sebelah ATM jika ada pertanyaan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun sahaja

Cara menggunakan ATMCara menggunakan ATM

Pengeluaran wang dengan kad Visa

  1. Langkah1
    Masukkan kad
    Masukkan kad dengan jalur magnet menghadap ke bawah.

  2. Langkah2
    Pilih bahasa yang anda inginkan.

  3. Langkah3
    Tekan butang "Withdrawal" (Pengeluaran Wang).

  4. Langkah4
    Pilih dari akaun mana anda ingin mengeluarkan wang.

  1. Langkah5
    Tekan nombor PIN kemudian "ENTER."

  2. Langkah6
    Pilih jumlah wang (dalam yen Jepun) yang hendak dikeluarkan
  3. Langkah7
    Keluarkan wang tunai daripada ATM.
    Jangan lupa mengambil kad anda dan resit ATM.

Skrin ATM dan resit tersedia dalam bahasa pilihan anda.

Cari ATM  *Bahasa Inggeris sahaja
Pergi ke Permulaan Halaman